Nahas dua lori di Bintulu-Miri, seorang mangsa tersepit

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA bomba menjalankan operasi menyelamat mangsa yang tersepit dalam kemalangan membabitkan dua lori di Lebuh Raya Pan Borneo, petang ini. Foto ihsan JBPM

MIRI: Empat individu terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah lori panjang di Lebuh Raya Pan Borneo, laluan Bintulu-Miri, petang ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 2.33 petang.

KEADAAN salah sebuah lori yang terbabit dalam kemalangan di Lebuh Raya Pan Borneo laluan Bintulu-Miri, petang ini. Foto ihsan JBPM

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah digerakkan ke lokasi dan tiba pada 2.52 petang.

“Setibanya pasukan di lokasi, didapati kemalangan membabitkan empat mangsa iaitu seorang mangsa tidak mengalami kecederaan, seorang cedera, seorang cedera parah dan seorang lagi masih tersepit serta tidak sedarkan diri di dalam kenderaan.

MENYELAMAT…Pasukan bomba sedang berusaha menyelamatkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan dalam kemalangan di Lebuh Raya Pan Borneo Bintulu-Miri,petang ini. Foto ihsan JBPM

“Pasukan bomba masih berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit, manakala tiga mangsa lain diserahkan kepada pasukan kesihatan untuk mendapatkan rawatan,” menurut kenyataan itu.

Operasi menyelamat masih dijalankan ketika ini.

Oleh Liong Chai Ling