Pemandu 57 tahun maut selepas 4WD terbabas di Jalan Datuk Mohd Musa

Facebook
WhatsApp
KENDERAAN pacuan empat roda (4WD) yang terbabas di Jalan Datuk Mohd Musa pagi tadi.

KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki berusia 57 tahun maut di tempat kejadian selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dipandunya terbabas di Jalan Datuk Mohd Musa di sini kira-kira 9.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan dan anggota segera dikerahkan ke lokasi.

Beliau berkata mangsa sedang memandu kenderaan 4WD tersebut sebelum kenderaan terbabas dan terlibat dalam kemalangan.

“Mangsa, seorang lelaki berusia 57 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Irwan Hafiz berkata polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian.

Oleh Connie Chieng