Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki maut, kemalangan kendiri
  • KEMALANGAN

Lelaki maut, kemalangan kendiri

Utusan Sarawak 3 weeks ago
KEMALANGAN MAUT…..Pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan pacuan empat roda di lokasi kemalangan. Foto PGO Bomba Sarawak 
 

BINTANGOR: Seorang lelaki dikenalpasti sebagai Ricky Walter, 30, disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kemalangan jalan raya di Batu 11, Jalan KJD Julau, hari ini. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, mangsa yang merupakan pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux didapati tidak sedarkan diri dan tersepit ketika pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor tiba di lokasi kemalangan. 

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan sekitar 3.20 petang tadi dan tiga orang anggota bomba bergegas ke lokasi kemalangan. 

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyoto Hilux mengalami kemalangan kendiri. Salah seorang daripada mangsa telah disahkan meninggal di lokasi oleh pihak KKM. 

“Manakala seorang lagi mangsa lelaki dewasa iaitu penumpang hadapan yang mengalami kecederaan telah di keluarkan oleh orang awam dan dihantar ke Klinik Kesihatan Julau untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi. 

Katanya, pasukan bomba membuat pemeriksaan dan menunggu bantuan kren mengangkat kenderaan yang terbalik untuk membuat ruang kerja. 

“Pasukan bomba melakukan operasi dengan menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

“Seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. 

Tambahnya, operasi di lokasi kemalangan selesai sepenuhnya pada 4.30 petang. 

Pihak polis dan KKM turut berada di lokasi kejadian.

Oleh Earl Anek

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Pemandu maut, lima lagi cedera 4WD terjunam dalam gaung
Next: Lima warga asing cedera dalam kemalangan libatkan kereta, lori di Bukit Sebangkoi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.