Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Lebih banyak kes FMD dilapor di Korea Selatan
  • KESIHATAN

Lebih banyak kes FMD dilapor di Korea Selatan

Utusan Sarawak 3 months ago
JUMLAH kes FMD di Korea Selatan tahun ini telah meningkat kepada 10, dengan kes terbaharu dikesan di ladang ternakan di Daerah Yeongam.

SEOUL: Korea Selatan semalam melaporkan lebih banyak kes penyakit kaki dan mulut (FMD) di ladang ternakan tempatan, menjadikan jumlah kes tahun ini meningkat kepada 10, menurut pegawai.

Menurut Agensi Berita Yonhap, kes terbaharu dikesan di ladang ternakan di Daerah Yeongam, kira-kira 300 kilometer (km) ke selatan Seoul.

Ladang-ladang itu terletak berhampiran ladang ternakan yang mencatatkan kes FMD pertama tahun ini minggu lalu, yang merupakan kejadian pertama dalam tempoh hampir dua tahun.

Berikutan wabak pertama itu, kerajaan telah menaikkan tahap krisis bagi Yeongam dan beberapa kawasan bersebelahan kepada serius, iaitu tahap tertinggi dalam sistem empat peringkat, serta memulakan program vaksinasi FMD di seluruh negara, yang pada asalnya dijadualkan bulan depan.

FMD adalah penyakit virus berjangkit akut yang menjejaskan lembu, babi, kambing dan haiwan berkuku belah yang lain. Ia tidak menjejaskan manusia. – Bernama

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Cabaran berpuasa bagi pesakit mental
Next: Sarawak raikan PPP dari 12 bahagian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.