Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lebih 2,000 penduduk 12 rumah panjang tarik nafas lega
  • WILAYAH

Lebih 2,000 penduduk 12 rumah panjang tarik nafas lega

Utusan Sarawak 2 years ago
KEMUDAHAN RAKYAT… Jambatan Keluli Nanga Meluan berhampiran Kubu Brooke yang telah siap dibina memudahkan perjalanan lebih 2,000 penduduk dari 12 rumah panjang di Ulu Mujok ke kawasan lain.

JULAU: Lebih 2,000 penduduk dari 12 rumah panjang di Ulu Mujok menarik nafas lega dengan siapnya jambatan keluli Nanga Meluan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Rolland Duat Jubin berkata, sebelum ini, penduduk terpaksa menempuh laluan perjalanan yang panjang untuk ke kawasan lain.

“Selain klinik dan sekolah sedia ada, jambatan ini merupakan kemudahan baharu yang bermanfaat besar untuk penduduk di kawasan ini. 

“Jambatan baharu ini memberi impak positif kepada sosioekonomi setempat dan kawasan berhampiran. 

“Ia menyingkatkan tempoh perjalanan bagi rakyat kawasan pedalaman Ulu Mujok yang sebelum ini mengambil masa berjam-jam ke pekan Julau, tetapi setelah siap jambatan ini, ia mengambil masa 40 minit,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual para pemberita pada lawatan khas bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor ke jambatan keluli baharu tersebut, pagi semalam. 

Katanya, bukan sahaja menaik taraf sosioekonomi, ia juga mampu menarik pelancong dari dalam dan luar negeri ingin melihat sendiri tempat bersejarah di sini iaitu Kubu Brooke yang berada berhampiran dengan jambatan tersebut. 

“Semakin ramai pelancong akan datang ke sini kerana mereka ingin melihat sendiri kedudukan Kubu Brooke dan keindahan alam semula jadi di sekitar kawasan ini. 

“Selain itu, di kawasan Ulu Mujok, terdapat banyak air terjun yang boleh menarik kehadiran pelancong dari dalam dan luar negeri,” katanya. 

Oleh EARL ANEK 

Continue Reading

Previous: Lima pakar pelukis dalaman luar negara naik taraf gereja lama St. Teresa
Next: APM perjuang 15 minit bantu warga emas pengsan ke hospital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.