Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • LAKIB perkukuh pendidikan Islam di Bintulu
  • Utara
  • WILAYAH

LAKIB perkukuh pendidikan Islam di Bintulu

Utusan Sarawak 3 weeks ago
SAKSI… Iskandar menyaksikan penyerahan sumbangan geran pendidikan kepada Madrasah At-Taqwa Bintulu daripada JAIS.

BINTULU: Lembaga Amanah Kebajikan Bintulu (LAKIB) terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh pendidikan Islam di daerah ini dengan memberikan sokongan padu kepada institusi pendidikan Islam persendirian yang semakin berkembang pesat di Bintulu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak yang juga Pengerusi LAKIB, Iskandar Turkee berkata, bangunan Martabat menjadi pusat tumpuan utama kepada institusi seperti SRIT Darul Hidayah dan Madrasah At-Taqwa yang menawarkan pendidikan agama berkualiti kepada masyarakat setempat.

UCAPAN… Iskandar berucap pada majlis Kesyukuran Aidilfitri IPIP Bintulu di bangunan Martabat, Bintulu, hari ini.

“Kita bukan hanya mahu melihat pertambahan pelajar, tetapi lebih penting ialah peningkatan kualiti pendidikan dan pembentukan sahsiah pelajar yang cemerlang,” katanya ketika merasmikan majlis Kesyukuran Aidilfitri Institut Pendidikan Islam Persendirian (IPIP) Bintulu, hari ini.

Tegas beliau, kejayaan institusi pendidikan Islam tidak akan tercapai tanpa kerjasama erat antara Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), IPIP, sekolah serta komuniti.

Iskandar turut mencadangkan penubuhan Klinik Wakaf di bangunan Martabat dengan kerjasama Baitulmal Sarawak dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), sebagai satu lagi inisiatif kebajikan yang bakal memberi manfaat kepada umat Islam di Bintulu.
Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Pusat Khidmat Kalaka komited bantu rakyat
Next: Majlis Aidilfitri DUBS Miri platform perkukuh kerjasama usahawan, pemimpin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.