Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • “Kritik saya, bukan pasukan”
  • TEMPATAN

“Kritik saya, bukan pasukan”

Utusan Sarawak 5 years ago
BAGUS…Wee menunjukkan QR kod Aplikasi Qmunity yang sudah siap dan akan diedarkan kepada pengusaha perniagaan di Lebuh India, di Kuching semalam.

KUCHING: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk Wee Hong Seng mempertahankan pasukan MBKS yang telah mempertaruhkan nyawa bagi membantu memerangi Covid-19 dan berharap orang ramai memahami pengorbanan mereka.

Beliau memberi kenyataan demikian bagi mambalas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending Violet Yong yang meminta MBKS untuk memperhatikan garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk Pusat Makanan Kenyalang.

Wee berkata Yong boleh mengkritik beliau kerana tidak teliti di dalam penyediaan garis panduan itu tetapi jangan mengkritik pasukannya.

“Dari 18 Mac hingga hari ini, mereka tidak mengambil cuti. Mereka banyak berkorban.   Jangan mengkritik mereka secara tidak adil,” katanya sebelum pemeriksaan penggunaan Aplikasi Qmunity di Premis Perniagaan di Lebuh India, di sini, kelmarin.

Wee menegaskan bahawa MBKS hanya akan menerima cadangan konstruktif yang dikemukakan melalui saluran yang betul. 

“Kami terbuka kepada semua orang. Kami mempunyai perkhidmatan IPeople (aplikasi), WhatsApp (talian) dan aduan. Anda juga boleh menghampiri saya semasa sesi secara mingguan secara langsung  kami di Facebook pada pukul 1.30 tengah hari hari Sabtu,” tambahnya. 

Beliau berkata, sekiranya MBKS melakukan seperti yang dicadangkan oleh Yong, kakitangan majlis yang dihantar ke Pusat Makanan Kenyalang atau tempat-tempat lain harus bekerja dari pagi hingga tengah hari hingga tengah malam. 

“Kami tidak mampu membelanjakan wang rakyat untuk mengambil kakitangan tambahan untuk mengurus semua restoran.”

“Bagi mereka yang mengendalikan restoran, mereka harus mengukur suhu badan sendiri atau bergabung untuk melibatkan orang lain bagi melakukannya. 

“Prosedur Operasi Standard (SOP) sebenarnya adalah petunjuk untuk diikuti oleh pengendali, bukan tugas majlis melakukan SOP untuk peniaga,” kata Wee.

Wee turut menjelaskan bahawa walaupun Kerajaan Persekutuan sekarang memerlukan semua peniaga menggunakan aplikasi mudah alih MySejahtera, aplikasi Qmunity milik Sarawak masih boleh terus digunakan.

Oleh Cheryl Law

Continue Reading

Previous: Lapan dicaj dari HUS
Next: Saringan wajib masuk Sarawak dilanjutkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.