AMERIKA SYARIKAT: Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini melepasi 59 juta.
Ini berikutan lebih 540,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.
Kes positif global kini berjumlah 59,004,131.
Setakat pagi Selasa, data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 12.3 juta kes jangkitan.Ini diikuti India dengan 9.13 juta kes, manakala Brazil merekodkan 6.07 juta kes.
Negara yang melepasi angka 2 juta kes ialah Perancis (2,195,632) dan Rusia (2,096,749).
Kes jangkitan Covid-19 di Sepanyol pula berada pada 1,582,616, United Kingdom (1,531,263), Itali (1,431,795), Argentina (1,370,366), Colombia (1,248,417) dan Mexico (1,041,875).
Sementara itu, Peru (948,081), Jerman (946,580), Poland (876,333), Iran (866,821), Afrika Selatan (769,759), Ukraine (653,442), Belgium (558,779), Chile (542,080), Iraq (537,457) dan Indonesia (502,110) termasuk dalam negara yang merekodkan lebih setengah juta kes.
Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan koronavirus ialah Belanda (497,496), Czechia (494,104), Turki (453,535), Bangladesh (449,760), Romania (422,852), Filipina (420,614), Pakistan (376,929), Arab Saudi (355,489), Kanada (336,614), Israel (329,823), dan Maghribi (327,528) dan Switzerland (300,352).
Dalam pada itu, sebanyak 28 negara merekodkan angka positif dalam lingkungan 100,000 hingga 300,00 kes.
Kebanyakan negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000 kes, termasuk Malaysia.
Sementara itu, jumlah kumulatif kematian akibat pandemik Covid-19 melepasi 1.39 juta kes di seluruh dunia.
Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kematian global akibat Covid-19 terkini adalah sebanyak 1,393,736 kes.
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 257,274 kes, diikuti Brazil dengan 169,183 kes.
India dan Mexico pula masing-masing merekodkan lebih 133,738 dan 101,676 kes kematian.Kematian di United Kingdom pula merekodkan 55,327 kes manakala di Itali, 50,453 kes kematian dicatatkan.Sementara itu, negara yang melepasi angka 40,000 kes kematian ialah Perancis (49,307), Iran (45,255) dan Sepanyol (43,131).
Argentina (36,902), Rusia (35,838), Peru (35,549) dan Colombia (35,104) pula merekodkan angka korban melebihi 30,000 kes.Negara-negara lain masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.-AFP