Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • KLT perkukuh status Mukah sebagai hab pendidikan
  • TEMPATAN

KLT perkukuh status Mukah sebagai hab pendidikan

Utusan Sarawak 4 years ago
TAHNIAH… Yussibnosh Balo menyampaikan sijil Tuai Rumah kepada Anderson Kalang Pandong sambil disaksikan oleh Hamdiah dan tetamu lain pada majlis tersebut.

MUKAH:  Penubuhan Kolej Laila Taib  (KLT) di Mukah akan memantapkan lagi status Mukah sebagai pusat atau hab pendidikan di wilayah tengah.

KLT  kini sedang dalam pembinaan di kawasan Judan berdekatan dengan Politeknik Mukah Sarawak(PMU) dengan kos bernilai RM100 juta.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Tellian  Yussibnosh Balo, selain KLT,   turut  melengkapi kemudahan pendidikan di sini Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak( PPKS ) kampus Mukah yang sudah siap dibina dengan kos RM114 juta dan mampu memuatkan seramai 600 pelajar pada satu-satu masa.

Yussibnosh juga menyentuh tentang projek pendidikan lain yang telah siap iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tellian (RM 17.791 juta) dan dijangka beroperasi tahun hadapan serta   sekolah daif SK SLDB No. 1, yang dimasukkan di dalam projek sekolah daif dengan menelan kos RM5.537 juta.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Karnival Kepolisan Komuniti Daerah Mukah yang telah diadakan di  Rumah Ajah, Tanjung Pedada, Mukah, baru-baru ini.

Yussibnosh juga mendedahkan bahawa  pada bajet tahun lepas, Tellian mendapat peruntukan sebanyak RM14 juta untuk membina jalan baharu sepanjang tujuh kilometer dari SK Nanga Baoh sehingga SK St. Luke Ulu Baoh.

“Ia masih dalam proses penilaian tender dan dijangka bermula tahun hadapan. Jalan Ulu Sikat – Sebakong Fasa 2 sepanjang  empat kilometer juga akan dibina dengan peruntukan RM5.6 juta,” kata Yussibnosh lagi.

Beliau juga mendedahkan bahawa  cadangan Projek Bekalan Air Terawat Luar Bandar di Kawasan Bukit Ingkerbai-Lubuk Bemban juga dilaksanakan.

“ Penyambungan paip daripada paip utama Jalan Selangau-Mukah sepanjang 17.5 kilometer yang akan melibatkan beberapa rumah panjang, dua buah sekolah dan sebuah klinik kesihatan dengan anggaran perbelanjaan RM14,440,000,” tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama, katanya,  cadangan Projek Bekalan Air Terawat Luar Bandar di Kawasan Jalan Dijih-Ulu Sebakong, Mukah juga  akan menyusul.

“Projek ini akan dinamakan sebagai “Projek Bekalan Air Luar Bandar Kawasan Sungai Arip, Ulu Baoh dan Sebakong,”  jelas Yussibnosh.

Dalam ucapannya, wakil rakyat juga menyentuh tentang peranan Sarawak didalam menentukan kerajaan pusat sedia ada.

“Banyak projek dilaksana dengan kerjasama kerajaan negeri dan persekutuan setelah kita menjadi ‘King Maker’, di dalam membentuk kerajaan persekutuan bersama Perikatan Nasional  yang menyaksikan projek-projek persekutuan  telah diteruskan. Antaranya adalah Lapangan Terbang Baharu Mukah yang  melibatkan peruntukan sebesar RM 302.4 juta,” katanya lagi.

Yussibnosh juga menghargai pelbagai usaha untuk menceriakan kawasan ini supaya ia akan menjadi daya tarikan tersendiri buat komuniti tempatan dan luar.

“ Ribuan terima kasih juga  kepada  Timbalan Menteri di Jabatan  Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) merangkap Ahli Parlimen Mukah Dato Hanifah Hajar Taib  dan kerjasama  Pejabat Residen dalam  usaha mencantikkan bandar Mukah dengan lukisan mural yang hasil kreativiti  anak-anak muda kita,” katanya.

Pada majlis tersebut beliau juga menyerahkan cek Projek Kecil Luar Bandar(MRP) berjumlah RM155,000 kepada 31 buah rumah panjang dan 18 Sijil Ketua Kaum(16 tuai rumah/dua ketua kaum) yang merupakan Lantikan Baharu dibawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian

Turut hadir,  ialah Residen Bahagian Mukah,  Hamdiah Bakir, Pemangku Pegawai Daerah Mukah Peleadzman  Ahip,  Penghulu Mawar Mawang dan Tr. Ajah  Kandau.

Oleh Henry B Siyu

Continue Reading

Previous: Belum ada tapak sesuai untuk Tabika KEMAS Saeh
Next: Warga rumah panjang Lugan Entassan B beralih kepada GPS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.