Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan teliti kaedah, model penyelenggaraan LPB
  • TEMPATAN

Kerajaan teliti kaedah, model penyelenggaraan LPB

Utusan Sarawak 3 years ago

KUCHING: Kerajaan kini sedang meneliti kaedah dan model penyenggaraan Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) bagi projek yang dalam tempoh Defect Liability Period (DLP).

Menteri Kanan Kerja Raya Dato Sri Fadillah Yusof berkata, ia  akan dilaksanakan oleh agensi Pusat dengan mengambil kira skop, kos dan Level Of Service (LOS) penyenggaraan yang bersesuaian.

“Proses penelitian tersebut dijangka akan dimuktamadkan sebelum tempoh DLP tamat pada 2025,’ katanya, di persidangan parlimen bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tanjong Manis Yusof Abdul Wahab, semalam.

Yusof Abdul Wahab bertanya apakah kerja-kerja penyelenggaraan itu akan diswastakan dan bagaimanakah syarikat penyelenggara itu akan dilantik.

Fadillah berkata, bagi pakej-pakej kerja dan seksyen yang telah siap dan masih dalam tempoh DLP, penyelenggaraan Projek LPB Sarawak akan dilaksanakan oleh kontraktor masing-masing di bawah seliaan JKR Sarawak selaku Pegawai Penguasa Projek.

“Sehingga Mei 2022, status kemajuan Fasa 1 bermula dari Telok Melano ke Miri sepanjang 786 kilometer (KM) adalah 84 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama 2023.

“Beberapa pakej dan seksyen telah dibuka untuk pengguna jalan raya secara berperingkat seawal 2019,” katanya.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: Jangan terburu-buru letakkan diri sebagai calon
Next: 28 PPK tersenarai dalam Peladang e-Shop

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.