KUCHING: Kerajaan Sarawak sentiasa komited dalam memastikan keperluan rakyat sentiasa dipenuhi bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Hazland Abang Hipni berkata Kerajaan Sarawak meneruskan projek pembangunan menerusi inisiatif sendiri bagi memastikan keperluan rakyat negeri ini dipenuhi.
“Bagi memastikan keperluan masyarakat di negeri ini dipenuhi, Kerajaan Sarawak meneruskan projek pembangunan menerusi inisiatif sendiri seperti Projek Transformasi Luar Bandar (RTP), Projek Transformasi Luar Bandar (MRP), Projek Rakyat dan sebagainya.
“Kerajaan Sarawak begitu prihatin dengan kehendak dan keperluan pembangunan negeri dan masyarakat terutama mereka yang tinggal di kawasan luar bandar,” katanya.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan prasarana pembangunan tersebut juga akan meningkatkan kehidupan dan kesejahteraan rakyat di kampung.
“Selain merapatkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar, prasarana pembangunan ini juga berusaha meningkatkan kehidupan dan kesejahteraan rakyat di kampung,” katanya sewaktu ditemui selepas merasmikan pecah tanah Projek RTP Menaik Taraf Padang Bola Kampung Bako Lot, baru-baru ini.
“Projek Padang Bola Kampung Bako Lot ini menelan kos sebanyak RM100,000 dan akan siap dalam tempoh enam bulan dengan kerja-kerja pembinaan kini sedang dilaksanakan.
“Sebanyak 154 Projek RTP DUN sejak 2015 dengan kos lebih RM34.5 juta telah dilaksanakan dan dengan adanya projek pembangunan RTP ini, ia membolehkan pembangunan projek-projek kecil diadakan dan dilaksanakan di kawasan luar bandar,” tambahnya.
Oleh RYNNA SHA’ERRA