Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerajaan Persekutuan digesa luluskan projek bina stesen pam tebatan banjir fasa kelima di Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

Kerajaan Persekutuan digesa luluskan projek bina stesen pam tebatan banjir fasa kelima di Sibu

Utusan Sarawak 2 months ago
GAMBAR FAIL… Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengadakan lawatan ke tapak Projek Rancangan Tebatan Banjir Sibu (Fasa 3) di Stesen Pam No.8 (Sungai Beranggau) di Sibu.

SIBU: Kerajaan Persekutuan digesa untuk meluluskan projek pembinaan stesen pam tebatan banjir fasa kelima di Sibu.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee, berkata projek yang melibatkan pembinaan tiga stesen pam di sepanjang Sungai Seduan itu dianggarkan menelan kos lebih RM400 juta.  

“Saya telah diberi taklimat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak, di mana projek stesen pam fasa kelima di Sibu akan menjadi fasa yang terakhir kerana fasa keempat sudah dalam proses tender.  

“Justeru, saya menggesa kerajaan Pusat supaya meluluskan segera fasa kelima projek stesen pam di bawah Program Tebatan Banjir di Sibu, yang dalam kawasan saya, Pelawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran kempen Jualan Bendera Tahunan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cabang Sibu 2025 di Star Mega Mall, hari ini. 

Katanya, projek itu sangat berkesan dalam menangani banjir di sepanjang Jalan Ling Kai Cheng dan kawasan-kawasan lain (dalam DUN Pelawan) yang sering dilanda banjir.

“Kali terakhir saya dengar, ia termasuk dalam RMK-13. Saya berharap ia akan diberi keutamaan, jangan hanya masukkan dalam RMK-13 dan tolak ke belakang barisan.

“Demi rakyat Sibu dan keselamatan mereka daripada banjir yang kerap, saya menggesa kerajaan Persekutuan untuk menjadikan ia sebagai keutamaan dalam RMK-13,” tegasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu, menegaskan demi untuk kesejahteraan rakyat projek tersebut perlu diutamakan tanpa mengira kosnya.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba bertindak pantas selamatkan penghuni rumah ditenggelami air 10 kaki
Next: Banjir: Penduduk pekan Kanowit sukar cari barangan keperluan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.