Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kempen AirAsia 2025 di Sarawak bermula dengan ‘Kuching Travel Fair’
  • SEMASA

Kempen AirAsia 2025 di Sarawak bermula dengan ‘Kuching Travel Fair’

Utusan Sarawak 3 months ago

KUCHING: AirAsia memulakan kempen pertamanya di Sarawak tahun ini dengan Kuching Travel Fair selama dua hari, bermula hari ini di pusat beli-belah terkemuka di sini yang menawarkan potongan harga sehingga 25 peratus daripada tambang penerbangan dari sini ke pelbagai destinasi di seluruh dunia.

AirAsia dalam satu kenyataan berkata pameran itu juga menawarkan diskaun 50 peratus daripada yuran bagasi tempahan awal dan sehingga 33 peratus diskaun makanan santan (santan meals) ditempah awal serta diskaun eksklusif untuk insurans Tune Protect.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Datuk Fareh Mazputra berkata pameran pelancongan itu adalah cara syarikat itu merealisasikan hasrat pelancong ke destinasi impian mereka dan mempamerkan Sarawak sebagai tempat pelancongan yang mesti dikunjungi di Malaysia dan rantau ASEAN.

“Kami teruja untuk meneruskan peranan kami sebagai penggiat utama dalam pertumbuhan pelancongan Sarawak kerana kami secara kolektif menyasarkan untuk memenuhi sasaran lima juta ketibaan pelawat negeri pada 2025,” katanya dalam kenyataan itu.

Beliau berkata Kuching berperanan sebagai hab utama di Malaysia untuk AirAsia, menawarkan sembilan laluan domestik ke destinasi domestik lain, antaranya Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kota Kinabalu serta laluan antarabangsa terus ke Singapura dan Jakarta.

“Kesalinghubungan serantau AirAsia yang mantap bukan sahaja berfungsi untuk meningkatkan angka pelancongan Sarawak tetapi turut membuka lebih banyak peluang kepada pengembara domestik dan antarabangsa untuk meneroka pelbagai tempat menarik di negeri ini,” katanya.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Sokong berterusan pemimpin bawa pembangunan pesat
Next: Banjir: Jumlah mangsa di Sibu, Bintulu semakin berkurangan; Mukah kekal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.