KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Lubok Antu merekodkan bacaan tertinggi iaitu 180 setakat 4.00 petang ini, sekali gus dikategorikan pada tahap tidak sihat.
Selain Lubok Antu, 11 kawasan lain turut merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat, iaitu IPD Serian (178), Kanowit (175), Lundu (172), Kuching (171), Sri Aman (168), Betong (166), Samarahan (164), Sibu (157), Sarikei (152), Tebedu (152) dan Bintulu (106).
Sementara itu, tujuh kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, iaitu Kapit (96), Samalaju (86), ILP Miri (67), Limbang (68), Miri (65), Lawas (59) dan Bario (59).
Menurut klasifikasi IPU, bacaan antara 101 hingga 200 berada pada tahap tidak sihat, manakala bacaan antara 51 hingga 100 dikategorikan sebagai sederhana.
Mukah pula tidak mempunyai data terkini bagi tempoh berkenaan.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap perkembangan kualiti udara semasa dan mengambil langkah sewajarnya sekiranya keadaan pencemaran udara bertambah buruk.
Oleh Adele Rissa





