Lubok Antu catat IPU tertinggi 182 setakat 8.00 malam

Facebook
WhatsApp
BACAAN IPU setakat 8.00 malam. Sumber NREB

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Lubok Antu merekodkan bacaan tertinggi iaitu 182 setakat 8.00 malam ini dan dikategorikan pada tahap tidak sihat.

Berdasarkan status IPU Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 12 kawasan di Sarawak merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat, manakala enam kawasan berada pada tahap sederhana dan satu kawasan mencatat tahap baik.

Selain Lubok Antu, kawasan lain yang merekodkan bacaan tidak sihat ialah IPD Serian (MCAQM) (178), Kuching (172), Kanowit (170), Sri Aman (168), Samarahan (166), Betong (MCAQM) (165), Lundu (163), Sibu (156), Tebedu (156), Sarikei (151) dan Bintulu (139).

Sementara itu, bacaan pada tahap sederhana direkodkan di Kapit (91), Samalaju (88), ILP Miri (75), Limbang (73), Miri (72) dan Lawas (63).

Bario pula merekodkan bacaan terendah iaitu 33 dan dikategorikan pada tahap baik.

Mukah bagaimanapun masih tidak mempunyai data terkini.

Oleh Adele Rissa