IPU IPD Serian tertinggi 182, 12 kawasan catat tahap tidak sihat

Facebook
WhatsApp

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di IPD Serian merekodkan bacaan tertinggi iaitu 182 setakat 8.00 pagi ini dan dikategorikan pada tahap tidak sihat.

Berdasarkan status IPU Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 12 kawasan di Sarawak merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat, manakala enam kawasan berada pada tahap sederhana dan satu kawasan mencatat tahap baik.

Selain IPD Serian kawasan lain yang merekodkan bacaan tidak sihat ialah Lubok Antu (179), Samarahan (168), Kuching (167), Sri Aman (164), Tebedu (162), Betong (MCAQM) (160), Sibu (153), Bintulu (153), Kanowit (141), Lundu (139) dan Sarikei (123).

Sementara itu, bacaan sederhana direkodkan di Samalaju (100), Miri (99), ILP Miri (95), Limbang (93), Kapit (84) dan Lawas (69).

Bario pula merekodkan bacaan terendah iaitu 25 dan dikategorikan sebagai baik.

Mukah bagaimanapun masih tiada data terkini.

PEKEMA sedia hadapi peralihan pengguna kepada EV

KUCHING: Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu (PEKEMA) melihat peralihan cita rasa pengguna daripada kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) kepada kenderaan