Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kemaskini: Lelaki ditemukan maut dalam parit dipercayai terkena renjatan elektrik
  • Tengah
  • WILAYAH

Kemaskini: Lelaki ditemukan maut dalam parit dipercayai terkena renjatan elektrik

Utusan Sarawak 5 months ago
MAYAT MANGSA… Ditemui di dalam parit berdekatan lokasi kebakaran sebuah rumah di Jalan Kuok Tiong, Sungai Bidut, malam tadi.
Foto PGO JBPM Sarawak 

SIBU: Seorang lelaki ditemukan maut dalam parit berdekatan lokasi kebakaran sebuah rumah di Jalan Kuok Tiong, Sungai Bidut, malam tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, mangsa berusia 58 tahun ditemui terbaring telentang di dalam parit sebelah rumah yang dipenuhi air dan masih terhalang dengan aliran arus elektrik.

“Mangsa dipercayai telah terkena renjatan elektrik kerana semasa diperiksa masih terdapat aliran elektrik di kawasan berair tersebut,” katanya menerusi kenyataan, sebentar tadi.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.52 malam, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi memadam kebakaran.

“Setibanya di lokasi, Komander Operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal telah terbakar 100 peratus. Semasa berlaku kebakaran, semua penghuni tidak berada di dalam rumah,” katanya.

Andy berkata, pasukan bomba menghubungi kawalan balai untuk menghubungi pihak Sesco bagi tindakan pemotongan bekalan elektrik di tempat kejadian.

“Operasi terkawal dan tamat setelah api berjaya dipadamkan, pasukan bomba mengeluarkan mangsa dan seterusnya menyerahkan mangsa kepada pihak polis.

“Pasukan bomba juga memasang sawar-sawar untuk tindakan penyiasatan,” katanya.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba pantau kawasan rendah di Bintangor malam ini
Next: Sebuah PPS dibuka di Dewan Datuk Aaron, Bawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.