Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kejohanan Futsal Piala Presiden Saberkas 2026 himpunkan 34 pasukan
  • Selatan
  • WILAYAH

Kejohanan Futsal Piala Presiden Saberkas 2026 himpunkan 34 pasukan

Utusan Sarawak 5 hours ago
 SIMBOLIK…Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah melakukan simbolik perasmian pada Kejohanan Futsal Piala Presiden Saberkas 2026, hari ini.- Foto Norman B

KUCHING: Sebanyak 34 pasukan daripada cawangan Saberkas seluruh negeri berhimpun menyertai Kejohanan Futsal Piala Presiden Saberkas 2026 yang julung kali dianjurkan di peringkat negeri di Arena Sukan Simpang Tiga, di sini, hari ini.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan yang juga Presiden Saberkas, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penganjuran kejohanan tersebut merupakan kesinambungan kepada Karnival Sukan Saberkas (KASUS) yang dilaksanakan sejak 2019 dan mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan belia.

Menurut beliau, kejohanan itu bukan sahaja bertujuan menyemarakkan semangat kesukanan, malah menjadi platform memperkukuh kepimpinan serta mengeratkan hubungan persahabatan dalam kalangan ahli Saberkas.

KENANGAN…Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta tetamu kehormat yang lain merakam kenangan bersama para peserta pada Kejohanan Futsal Piala Presiden Saberkas 2026, hari ini.-Foto Norman B

“Selain itu, kejohanan ini turut menjadi medan mencungkil bakat baharu dalam kalangan belia Saberkas untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi seperti Suksar dan Sukma,” katanya ketika berucap merasmikan kejohanan tersebut.

Bagi kejohanan itu, johan bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 berserta pingat, naib johan RM5,000 berserta pingat, tempat ketiga RM3,000 berserta pingat manakala empat pasukan yang mara ke suku akhir menerima RM1,000 setiap satu berserta pingat.

Tambahnya, pelbagai hadiah menarik turut disediakan termasuk anugerah khas seperti Pemain Terbaik, Penjaring Terbanyak dan Penjaga Gol Terbaik.

KENANGAN…Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta tetamu kehormat yang lain merakam kenangan bersama para peserta pada Kejohanan Futsal Piala Presiden Saberkas 2026, hari ini.-Foto Norman B

Dalam pada itu, beliau berharap semua pemain dan pengurusan pasukan dapat mempamerkan semangat kesukanan tinggi serta menjunjung nilai persahabatan sepanjang kejohanan berlangsung.

“Kejohanan ini diharap dapat terus memperkukuhkan peranan Saberkas sebagai wadah penyatuan belia dan masyarakat secara keseluruhannya,” ujarnya.

Oleh Norman B

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pertandingan Tembak IPD Bau berjaya dilaksanakan di PULAPOL Kuching
Next: KDJA hargai pengorbanan warga media sempena Hari Pekerja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.