Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kedai dua tingkat di Jalan Sibiyu terbakar
  • KEMALANGAN

Kedai dua tingkat di Jalan Sibiyu terbakar

Utusan Sarawak 8 months ago

Kebakaran memusnahkan sebuah kedai dua tingkat di Jalan Sibiyu, Bintulu pada tengah hari tadi.

BINTULU: Sebuah kedai dua tingkat di Jalan Sibiyu di sini musnah dalam satu kebakaran yang berlaku pada tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dengan bantuan BBP Kidurong bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.26 tengah hari.

“Setibanya di lokasi, didapati api telah marak dan memusnahkan keseluruhan tingkat bawah kedai serta menyebabkan kerosakan 70 peratus di tingkat atas,” katanya dalam kenyataan.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut. 

Setakat ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Continue Reading

Previous: Kanak-kanak lelaki maut dibaham buaya di Lahad Datu
Next: Pemandu, kelindan berdepan detik cemas lori terbakar di Pan Borneo 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.