

SIBU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun terpaksa menahan kesakitan selepas kakinya tersepit antara besi penutup longkang di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Thian Hua Sibu Jaya, petang tadi.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 1.26 petang.
“Setelah besi penutup longkang berjaya diregang, mangsa didapati tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Anggota bomba mengambil masa sekitar tujuh minit bagi mengeluarkan kaki mangsa,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Oleh Akun Giman