Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Joshelynnia Josefinna Jackery juara Teluwaih Jinih 2025
  • Tengah
  • WILAYAH

Joshelynnia Josefinna Jackery juara Teluwaih Jinih 2025

Utusan Sarawak 3 weeks ago
JUARA Teluwaih Jinih 2025 Joshelynnia Josefinna Jackery (duduk), naib juara Yvonne Natasya Bell (dua kiri), tempat ketiga Elmeldha Dellalynno Stalin (dua kanan) bergambar bersama Alexandra Garnett Patrick dan Nur Azatul Hanim Jeffereen. Foto UKAS

MUKAH: Joshelynnia Josefinna Jackery, 19 dari Mukah, telah dinobatkan sebagai Teluwaih Jinih 2025 dalam pertandingan ratu tradisional sempena Pesta Kaul Mukah di Pentas Utama Kaul, Pantai Kala Dana semalam.

Pertandingan yang menjadi acara kemuncak festival budaya masyarakat Melanau itu menyaksikan Joshelynnia menewaskan sembilan peserta lain, membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 berserta piala.

Tempat kedua dimenangi oleh Yvonne Natasya Bell yang menerima RM2,000 dan piala, manakala tempat ketiga disandang oleh Elmeldha Dellalynno Stalin.

Alexandra Garnett Patrick dan Nur Azatul Hanim Jeffereen masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima.

Selain gelaran utama, beberapa anugerah khas turut diberikan seperti Miss Favourite (Azira Gale), Miss Photogenic dan Miss Video Content (Alexandra Garnett Patrick), Busana Melanau Terbaik (Yvonne Natasya Bell) serta Best Catwalk (Joshelynnia Josefinna Jackery).

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Ekonomi yang juga Ahli Parlimen Mukah, Dato’ Hanifah Hajar Taib.

Teluwaih Jinih, yang bermaksud ‘wanita cantik’ dalam bahasa Melanau, merupakan pertandingan ratu tahunan yang diadakan sejak 2008 sempena Pesta Kaul Mukah.

Ia bertujuan mempromosikan budaya dan warisan masyarakat Melanau, khususnya dalam memperagakan busana tradisional dan kontemporari.

Pertandingan ini juga menjadi platform untuk wanita Melanau menonjolkan bakat dan kebolehan mereka dalam bidang peragaan dan komunikasi.

Dengan kemenangan ini, Joshelynnia bukan sahaja membawa pulang gelaran ratu, tetapi juga menjadi duta budaya yang akan mewakili keanggunan dan keunikan wanita Melanau sepanjang tahun ini.

Turut hadir ADUN Tellian, Royston Valentine; Pegawai Daerah Mukah, Peleadzman Ahip; dan Temenggung Hendi Suhai. – UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bantu tambah stok darah: Sertai kempen derma darah
Next: Wujudkan pertubuhan khusus demi pembangunan rakyat – Lidam Assan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.