Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jemaah haji disaran manfaatkan sepenuhnya ibadah di Tanah Suci
  • Utara
  • WILAYAH

Jemaah haji disaran manfaatkan sepenuhnya ibadah di Tanah Suci

Utusan Sarawak 5 hours ago
PENERANGAN…Petugas Tabung Haji kelihatan memberi sedikit maklumat kepada Datuk Dr Abdul Rahman tentang perjalanan jemaah daripada Bahagian Limbang ke tanah suci.

LIMBANG: Jemaah haji digesa manfaatkan sepenuhnya peluang berada di Tanah Suci dengan memberi tumpuan utama kepada ibadah bagi mencapai haji yang mabrur.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, berkata jemaah yang berpeluang menunaikan haji pada tahun ini perlu menggunakan kesempatan tersebut sebaik mungkin bagi meraih pahala berlipat ganda, memandangkan kuota haji untuk rakyat Malaysia adalah terhad.

“Gunakan peluang sebaiknya untuk mengerjakan ibadah haji dengan berpandukan ilmu serta kursus haji yang telah diikuti sebelum ini dan buatlah perancangan ibadah dengan baik,” katanya pada Program Keberangkatan Jemaah Haji Limbang Musim Haji 1447H/2026M di Lapangan Terbang Limbang, semalam.

CALON HAJI… Datuk Dr Abdul Rahman merakam gambar kenangan bersama jemaah haji daripada Bahagian Limbang sebelum berangkat.

Datuk Dr Abdul Rahman Ismail turut menasihatkan jemaah haji supaya membuat persediaan rapi dan menjaga kesihatan masing-masing dalam menghadapi cuaca panas ketika menunaikan ibadah di Tanah Suci.

“Jemaah perlu menjaga kesihatan, mengurangkan aktiviti luar serta minum air secukupnya. Jika sakit, segera mengambil ubat,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa keadaan cuaca di Tanah Suci adalah panas dan kering, berbeza dengan Malaysia yang panas dan lembap.

Seramai 23 jemaah dari Daerah Limbang, 16 dari Daerah Lawas serta dua petugas haji akan mengiringi jemaah pada musim haji tahun ini.

Turut hadir, Datin Dayang Maimunah Awang Muhammad Daud, Residen Bahagian Limbang Unus Tambi, Pengurus Lembaga Tabung Haji Limbang Musapir Abdullah, serta kenamaan tempatan lain.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Belia Sarawak pelopor pembangunan Sarawak dalam pelan PCDS 2030
Next: Warga emas hilang lima hari ditemukan meninggal dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.