JBPM Kapit jalankan operasi sanitasi

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
PERANGI COVID-19… Pastor Yii Siang Cheng (kanan) menyerahkan cecair pembersih kepada Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit, Erwandy Tugor sambil disaksikan oleh anggota lain.

AKUN GIMAN

KAPIT:Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bahagian Kapit menjalankan Operasi Sanitasi nyahkuman di beberapa kawasan awam sekitar bandar ini.

Operasi tersebut turut dijalankan di Masjid Jabal An-Nur Kampung Baru dan Kampung Muhibbah, Stadium Bletih, Kompleks Kerajaan Negeri Bletih, pasar serta kedai runcit dan Tadika Perpaduan Bunga Mawar dan Bunga Orkid.

Selain itu, St. Mary Immaculate Conception Church, BEM SIB Church, Methodist Hock Ing Church, Ibupejabat Polis Daerah Kapit dan beberapa tempat lain turut dinyahkuman dalam operasi tersebut.

Terdahulu, Majlis Daerah Kapit (MDK) yang turut mempunyai pasukannya sendiri juga melakukan pembasmian kuman di Pasar Teresang, Gelanggang Kenyalang, Pasar Malam Kapit, bangunan pejabat majlis dan beberapa lokasi lain.