Gempa bumi 6.5 skala Richter landa selatan Filipina

Facebook
WhatsApp
GAMBAR hiasan.

MANILA: Gempa bumi luar pesisir berukuran 6.5 pada skala Richter melanda wilayah Davao Occidental di selatan Filipina pada malam Selasa, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina. 

Institut itu memaklumkan gempa bumi tektonik berkenaan berlaku pada 11.49 malam waktu tempatan pada kedalaman 10 kilometer, dengan pusat gempa terletak 104 kilometer di barat daya pesisir Pulau Balut, lapor Xinhua. 

Filipina, sebuah negara kepulauan di Asia Tenggara sering dilanda gempa bumi, letusan gunung berapi dan tsunami berikutan kedudukannya di sepanjang “Lingkaran Api Pasifik”, iaitu zon luas yang mengelilingi Lautan Pasifik dan mempunyai aktiviti seismik serta gunung berapi yang tinggi. – Bernama-Xinhua

Gerhana matahari penuh memukau di Eropah

BURGOS, Sepanyol: Jutaan penduduk Eropah dijangka menatap langit dengan penuh kagum apabila fenomena gerhana matahari penuh yang jarang berlaku merentasi

15 maut bot karam di Zimbabwe

MOSCOW: Sekurang-kurangnya 15 maut selepas sebuah bot yang membawa lebih 160 penumpang karam di Tasik Kariba, Zimbabwe pada Selasa, menurut