BINTULU, 18 November: Program Jalan Santai Red Ribbon dan Aktiviti Mengutip Sampah Sambil Berjalan Kaki (Plogging) 10,000 Langkah anjuran Hospital Bintulu pada 5 Disember depan akan berlangsung di Pusat Beli-Belah Boulevard, Bintulu susulan perubahan lokasi penganjuran.
Menurut kenyataan hospital berkenaan, program bertemakan ‘Rethink, Rebuild, Rise’ itu dijadualkan bermula pada 6.30 pagi bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat menerusi aktiviti berjalan kaki, selain meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar.
Program itu turut menyasarkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti berjalan kaki sebanyak 10,000 langkah bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan diri, di samping memupuk tanggungjawab bersama terhadap kebersihan persekitaran.
Yuran penyertaan ditetapkan sebanyak RM50, termasuk sehelai baju-T dan sekeping medal bagi setiap peserta.
Pendaftaran dibuka sehingga 26 November ini menerusi pautan https://www.canvaqr.com/RGVvVlFVqR dengan konsep pendaftaran terlebih dahulu dan pembayaran kemudian.
Menurut kenyataan itu, saiz baju-T adalah terhad dan orang ramai digalakkan mendaftar lebih awal bagi menyertai program berkenaan.




