Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Insiden kapal layar terbakar di Marina Bay, Miri
  • KEBAKARAN

Insiden kapal layar terbakar di Marina Bay, Miri

Utusan Sarawak 2 months ago
PADAMKAN KEBAKARAN…Pasukan bomba memadamkan kebakaran kapal layar yang mengeluarkan asap tebal di Marina Bay, Miri awal pagi tadi.

MIRI: Sebuah kapal layar sepanjang 15 meter terbakar dalam kejadian di Marina Bay awal pagi tadi sekali gus mencetuskan detik cemas sebelum api berjaya dikawal oleh pihak bomba.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.44 pagi sebelum mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral ke lokasi.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, didapati kapal layar tersebut terbakar 40 peratus.

“Anggota operasi segera menjalankan pemadaman menggunakan satu aliran 400 kaki dan satu nozel pam tangki jentera berkonsepkan RECEO,” katanya.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.05 pagi selepas api berjaya dipadam dan kawasan disahkan selamat.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Anggota bomba bergadai nyawa semasa bertugas
Next: Pondok enjin jana kuasa musnah terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.