BATU NIAH: Sebuah rumah pekerja di pekan Batu Niah musnah 100 peratus dalam kebakaran pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 9.55 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah tiba di lokasi kira-kira enam minit kemudian.
Menurutnya, kebakaran melibatkan sebuah rumah struktur tidak kekal atau kayu, berukuran kira-kira 30 x 40 kaki persegi.
“Setibanya di lokasi, didapati rumah tersebut telah terbakar 100 peratus.
“Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula sehingga api berjaya dikawal pada 10.15 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan.
Kerja-kerja overhaul turut dijalankan bagi memastikan tiada lagi bara api yang boleh menyebabkan kebakaran semula.
Operasi membabitkan enam anggota BBP Batu Niah dengan sebuah jentera FRT diketuai PBK I Wester.
Turut membantu operasi ialah dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua anggota Sarawak Energy Berhad (SEB).
Oleh Adum Liu




