Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Individu manipulasi laporan statistik Covid-19 diburu
  • TEMPATAN

Individu manipulasi laporan statistik Covid-19 diburu

Utusan Sarawak 5 years ago
GAMBAR laporan kes yang palsu di Hospital Umum Sarawak.

KUCHING: Pihak polis akan menyiasat tindakan seorang individu yang memanipulasi laporan statistik Covid-19 di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah berkata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) kecewa dengan tindakan individu itu yang sangat tidak bertanggungjawab.

“JPBN sangat sedih dengan perlakuan individu ini kerana beliau telah bermain dengan satu perkara yang serius. Oleh itu, kita telah mengarahkan perkara ini disiasat oleh pihak polis

“Perbuatan ini telah mencetuskan kebimbangan di seluruh Malaysia, kenapa kes di Sarawak tiba-tiba melonjak kepada 25 kes,” ujarnya.

Kata Uggah, laporan tersebut seharusnya diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak untuk memaklumkan maklumat dan statistik yang tepat.

“Saya hampir jatuh dari kerusi saya apabila dimaklumkan tentang gambar tersebut kerana Dr Chin telah maklumkan hanya satu kes sahaja,” katanya sebagi respon terhadap gambar laporan palsu yang tular di media sosial Facebook semalam.

Uggah berharap pihak polis akan menjumpai individu yang bertanggungjawab terhadap perlakuan itu.

Oleh Alexanda Lorna

Continue Reading

Previous: Lapangan terbang baharu Lawas di Sundar
Next: Hospital Miri cari waris pesakit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.