Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ibraco beri sumbangan untuk program Hope Place 
  • TEMPATAN

Ibraco beri sumbangan untuk program Hope Place 

Utusan Sarawak 7 months ago

TERIMA KASIH… Wakil Syarikat Ibraco Berhad menyerahkan tajaan kepada Hope Place

KUCHING: Ibraco Berhad menyampaikan sumbangan tajaan kepada Pertubuhan Kebajikan Harapan (Hope Place) bagi menyokong program Amal Tanpa Sempadan No. 11.

Hope Place menerusi satu hantaran Facebook memberitahu program itu dijadualkan berlangsung pada 12 hingga 15 Disember ini di Sungai Silat, Ulu Baram.

”Inisiatif tahunan ini bertujuan untuk menyediakan pemeriksaan kesihatan dan menyerahkan bantuan makanan kepada kampung setempat sambil memupuk perkongsian pengetahuan melalui latihan kemahiran penting.

”Justeru, kerjasama antara Ibraco Berhad, Hope Place dan pelbagai rakan kongsi berjanji akan memberi impak yang ketara dalam kehidupan penduduk kampung Sungai Silat,” katanya.

Usahasama itu termasuk ahli dari Sarawak, Sabah dan Brunei bagi mempamerkan semangat kerjasama dalam memupuk pelaksanaan usaha kemanusiaan.

Continue Reading

Previous: Persiapan di Padang Merdeka terjejas sebab banjir kilat
Next: Projek jalan raya jadi tumpuam URDA – Nanta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.