Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Huang sumbang katil pesakit boleh laras kepada pesakit terlantar
  • Tengah
  • WILAYAH

Huang sumbang katil pesakit boleh laras kepada pesakit terlantar

Utusan Sarawak 7 months ago
TERIMA KASIH… Wong Pick Ing (baring) bergambar bersama ahli keluarganya dan kakitangan Pusat Khidmat Repok. 
 

SARIKEI: Seorang lelaki warga emas berumur 78 tahun menerima sumbangan katil pesakit boleh laras dari Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii. 

Jurucakap Pusat Khidmat Repok berkata, penerima sumbangan tersebut ialah Wong Pick Ing. 

“Wong terlantar sakit dirumahnya di Jalan Tung Yee dan memerlukan penjagaan rapi keluarganya. 

“Dia juga memerlukan katil pesakit boleh laras untuk membolehkannya berehat dengan lebih selesa di rumah,” katanya. 

Jurucakap tersebut berkata demikian ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, sumbangan katil boleh laras dihantar dan diserahkan kepada Wong oleh kakitangan Pusat Khidmat Repok.

“Ahli keluarga Wong turut mengucapkan kepada Ahli Parlimen Sarikei yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii diatas sumbangan tersebut. 

“Katil pesakit boleh laras sentiasa disumbangkan oleh beliau kepada mereka yang memerlukannya tanpa mengira kaum dan agama. 

“Beliau juga amat memahami keperluan dan kebajikan rakyat di kawasan Parlimen Sarikei,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 92 warga SK Udin sertai latihan kebakaran bersama bomba
Next: BBP Marudi pantau lapan kawasan masih ditenggelami air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.