Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Huang sumbang katil pesakit boleh laras kepada dua warga emas
  • Tengah
  • WILAYAH

Huang sumbang katil pesakit boleh laras kepada dua warga emas

Utusan Sarawak 3 months ago
PRIHATIN…. Chan Pak Ing (baring) bergambar bersama ahli keluarganya dan wakil Pusat Khidmat Repok.

SARIKEI: Dua warga emas yang terlantar sakit di rumah telah menerima sumbangan katil pesakit boleh laras.

Jurucakap Pusat Khidmat Repok berkata, sumbangan daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii diserahkan oleh wakil Pusat Khidmat Repok kepada penerima, baru-baru ini.

“Penerima yang menerima katil pesakit boleh laras ialah Chan Pak Ing, 72, dari Sungai Garan.

“Pak Ing terlantar sakit di rumah dan memerlukan katil pesakit boleh laras untuk berehat dengan lebih selesa di rumah dan memudahkan ahli keluarga menjaganya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, turut menerima katil pesakit boleh laras ialah Ling Nguk Ting, 40, dari Kampung Selalang.

“Ahli keluarga kedua-dua pesakit mengucapkan terima kasih kepada Datoʼ Sri Huang Tiong Sii kerana keprihatinan beliau membantu pesakit.

“Mereka berkata, bantuan ini sangat sesuai, khususnya bagi pesakit yang memerlukan penjagaan di rumah dan menghadapi kekangan pergerakan,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba pantau kawasan rendah berisiko banjir
Next: Sambut baik peruntukan RM2.5 juta, naik taraf Jalan Ling Kai Cheng

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.