KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Lubok Antu mencecah 216 setakat 8.00 malam ini, sekali gus berada dalam kategori sangat tidak sihat.
Bacaan turut menunjukkan keadaan tidak sihat di IPD Serian (176), Kanowit (169), Samarahan (165), Kuching (163), Betong (161), Sri Aman (156), Sibu, Bintulu dan Miri masing-masing 155, Samalaju (152), Kapit dan Limbang masing-masing 125, Sarikei (120), Lundu (116), ILP Miri (112) serta Tebedu (137).
Sementara itu, Lawas mencatat bacaan 75 dan Bario (63), masing-masing berada dalam kategori sederhana.
Mukah pula tidak mempunyai data terkini berdasarkan kemas kini IPU pada 8.00 malam.




