36 motosikal ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Kota Samarahan

Facebook
WhatsApp
SEKITAR Operasi Samseng Jalanan yang dilaksanakan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak serta cawangan-cawangan IPD Kota Samarahan, semalam.

KOTA SAMARAHAN: Sebanyak 36 motosikal ditahan dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di sekitar Taman Rembus dan Jalan Kota Samarahan-Kampung Baru, awal pagi tadi.

Operasi bermula 10.00 malam hingga 6.00 pagi itu dilaksanakan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak serta cawangan-cawangan IPD Kota Samarahan.

Menurut IPD Kota Samarahan dalam satu kenyataan, operasi itu membabitkan seramai 25 anggota dengan memberi tumpuan kepada kesalahan lalu lintas serta kegiatan samseng jalanan.

“Sebanyak 55 motosikal dan 60 individu diperiksa sepanjang operasi dijalankan.

“Sebanyak 92 saman dikeluarkan, manakala seorang individu ditahan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Selain itu, 36 motosikal turut ditahan mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu, operasi berkenaan merupakan antara usaha berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta membanteras kegiatan samseng jalanan.

“PDRM akan terus mempergiatkan operasi bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta membanteras aktiviti samseng jalanan.

“Patuhi undang-undang dan utamakan keselamatan,” katanya.

Samirul, Rohani juara karaoke Pulau Bruit

PULAU BRUIT: Samirul muncul juara kategori lelaki Pertandingan Karaoke Tertutup Pulau Bruit sempena sambutan Hari Malaysia 2026 di Pentas Kampung