Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hentikan politik tidak matang – Alexander
  • TEMPATAN

Hentikan politik tidak matang – Alexander

Utusan Sarawak 5 years ago

KUCHING: “Saya ingin mengingatkan Datuk Seri Anwar agar menghentikan permainan politik tidak matang demi mencapai kepentingan dan cita-cita peribadi,” tegas Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Alexander Nanta Linggi.

Alexander berkata, sebagai seorang ahli politik veteran dan berpengalaman, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu seharusnya menghentikan sebarang cubaan untuk mewujudkan ketidakstabilan di dalam negara yang hanya akan memberi kesan buruk kepada rakyat dan ekonomi.

“Kepentingan rakyat dan negara pada ketika kita sedang menghadapi cabaran penularan wabak Covid-19 yang telah meragut ribuan nyawa di seluruh dunia, perlu diberi keutamaan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu turut menafikan GPS mempunyai sebarang kaitan dengan PKR, dan GPS masih kekal memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Parti GPS yang dianggotai oleh PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (PDP) kekal berpegang teguh kepada prinsip perlunya sebuah kerajaan Persekutuan yang stabil demi kebaikan rakyat dan ekonomi negara.

“Tambahan pula ketika negara sedang berperang dengan penularan wabak Covid-19 dan fokus sepenuhnya ditumpukan dalam memulihkan ekonomi rakyat dan negara.

“GPS sekali lagi menegaskan bahawa parti ini menolak sekerasnya PKR yang bersekutu dengan pihak tidak bertanggungjawab dan angkuh melemparkan tuduhan bahawa Sarawak akan bankrap di bawah kepimpinan GPS,” tegasnya.

Tambahnya, Sarawak yang diterajui oleh Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg sebagai Ketua Menteri akan terus memberi sokongan penuh kepada Muhyiddin Yassin dan Abang Johari dapat membawa banyak kebaikan kepada kerajaan Persekutuan dan Negeri Sarawak.

Oleh Zarina Abdullah

Continue Reading

Previous: SARES bekal elektrik 24 jam kepada 9 rumah panjang
Next: Francisca berhasrat gayakan busana etnik Dayak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.