Hebahan orang hilang: Melvin Dhillon, gagal dikesan sejak 13 Ogos lalu

Facebook
WhatsApp
POLIS meminta bantuan orang ramai untuk mengesan Melvin Dhillon Muluk, 19, yang dilaporkan hilang di Batu Kawa.

KUCHING: Seorang lelaki berusia 19 tahun dilaporkan hilang selepas dipercayai tidak dapat dikesan sejak 13 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Padawan, P/Supt Barry William berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Melvin Dhillon Muluk pada kira-kira 11.53 malam, 15 Ogos lalu.

“Laporan berhubung kehilangan mangsa diterima di Balai Polis Batu Kawa. Melvin dilaporkan hilang pada kira-kira 6.30 petang, 13 Ogos.

“Lokasi terakhir mangsa dilaporkan berada ialah di Blok V 202, Courtyard Sanctuary Apartment, Bandar Baru Batu Kawa.

“Mangsa merupakan lelaki berbangsa Iban dan berusia 19 tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Polis bagaimanapun tidak memperoleh maklumat mengenai pakaian yang dipakai mangsa ketika kali terakhir dilihat.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Melvin diminta menghubungi Ketua Polis Balai Batu Kawa, SM Joelesley anak Enggat di talian 011-15336535.

Maklumat juga boleh disalurkan kepada Balai Polis Batu Kawa di talian 082-463411, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan di talian 082-862233 atau mana-mana balai polis berdekatan.