Dabai banjiri pasaran Miri, harga serendah RM15 sekilogram

Facebook
WhatsApp
DABAI gred A dan B dijual di Emart Tudan, Miri, yang mendapat perhatian penggemar buah bermusim itu. Foto Facebook Valentina Wong

MIRI: Dabai kini mudah ditemui di pelbagai lokasi jualan di Miri apabila bekalan dari Sibuti, Niah dan Bekenu semakin rancak dibawa masuk.

Tinjauan Utusan Sarawak mendapati dabai dijual pada harga sekitar RM15 hingga RM30 sekilogram, bergantung pada saiz dan kualiti buah.

Bekalan yang banyak memberi peluang kepada penggemar dabai mendapatkan buah bermusim itu pada harga yang lebih berpatutan.

Selain dijual di pasar dan tamu, peniaga turut memanfaatkan media sosial, khususnya Facebook, untuk mempromosikan dabai serta menerima tempahan daripada pelanggan.

Dabai sememangnya antara buah bermusim yang popular dalam kalangan masyarakat Sarawak kerana mempunyai rasa dan tekstur yang tersendiri.

Oleh Liong Chai Ling