Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hati-hati fenomena air pasang besar, benak mulai Jumaat ini – APM
  • WILAYAH

Hati-hati fenomena air pasang besar, benak mulai Jumaat ini – APM

Utusan Sarawak 7 months ago

BERTUGAS...Kapten (PA) Siti Huzaimah Ibrahim dan anggotanya ketika memandu bot untuk memantau keadaan sungai di kawasan Betong.

BETONG: Penduduk di sekitar kawasan Bahagian Betong diingatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga dan berwaspada bermula dari 18 hingga 20 Oktober ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Betong, Kapten (PA) Siti Huzaimah Ibrahim berkata ini berikutan fenomena air pasang besar atau ombak benak di sungai termasuk cuaca hujan berterusan sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) ketika ini.

“Benak bakal mencatat ketinggian 6.5 meter pada 18 Oktober ini, 6.6 meter pada 19 Oktober serta 6.5 meter pada 20 Oktober dan boleh meningkatkan ancaman banjir di penempatan penduduk (tepi sungai) pada MTL ini.

“Selain itu, cuaca hujan berterusan kali ini juga boleh menyebabkan berlakunya bencana tanah runtuh termasuk banjir di kawasan ‘panas’,” katanya.

Beliau menasihat penduduk di kawasan agar bertindak melakukan persediaan awal dengan memastikan semua barang penting disimpan di lokasi yang kering dan selamat.

Malah, kata Siti Huzaimah penduduk juga perlu peka terhadap perkembangan cuaca terkini melalui sumber rasmi dan boleh menghubungi Bilik Gerakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Betong, Spaoh serta Debak untuk maklumat lanjut.

“Justeru, kami berharap agar penduduk terus berada dalam keadaan berjaga-jaga dan bertindak menghubungi Bilik Gerakan Bilik Gerakan APM Betong di talian 083-472861 jika mahu melaporkan bencana di kawasan mereka,” katanya.

Beliau berkata penduduk juga boleh bertindak menghubungi Bahagian Bencana dan Operasi  di talian 016-6720978 atau Sekretariat APM Daerah Betong di talian 013-8202269 / 019-5287172 jika mahu melaporkan perkara itu.

Oleh VALENTINE NGUMBANG

Continue Reading

Previous: Bomba guna 41 minit tangkap ular seberat hampir 20kg
Next: Subsidi baja, racun buah limau dijangka diagih tahun depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.