Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • H2ornbill, H2biscus dijangka beroperasi 2027
  • TEMPATAN

H2ornbill, H2biscus dijangka beroperasi 2027

Utusan Sarawak 2 years ago
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meluangkan masa melawat pameran pada Sidang Kemuncak dan Ekspo Minggu Tenaga Antarabangsa (IEW) 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Dua loji hidrogen mega, H2ornbill dan H2biscus yang dibina di Bintulu dijangka beroperasi dalam tempoh empat tahun lagi (2027).

Ia sekali gus akan meletakkan Bintulu sebagai pemain utama dalam ekonomi hidrogen hijau sekali gus meningkatkan peralihan Sarawak ke arah tenaga mampan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kedua-dua projek itu dibangunkan oleh SEDC Energy dengan kerjasama konsortium multinasional.

Termasuk Sumitomo, ENEOS, Samsung Engineering, Lotte Chemicals, Posco dan Petroliam Nasional Berhad (melalui Gentari) untuk menubuhkan Hab Hidrogen Hijau Bintulu.

“Projek ini akan menjadi asas ekonomi hidrogen hijau Sarawak dan projek penanda aras berskala dunia.

“Sehingga kini, kedua-dua projek telah menyelesaikan kajian kebolehlaksanaan mereka dan dijangka meneruskan ke peringkat reka bentuk kejuruteraan akhir hadapan (FEED) dalam beberapa bulan akan datang, tertakluk kepada perincian dimuktamadkan dalam kajian kebolehlaksanaan sebelum memasuki peringkat FEED komprehensif,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Kemuncak dan Ekspo Minggu Tenaga Antarabangsa (IEW) 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Dengan projek itu dijangka memberi impak yang ketara kepada landskap tenaga global, Abang Johari mendedahkan bahawa keputusan pelaburan terakhir untuk ‘Train H2ornbill’ dijadualkan pada suku kedua 2025, manakala ‘Train H2biscus’ dijangka mendapat kelulusan pada suku pertama 2024.

Bagaimanapun, kedua-dua kemudahan itu dijangka beroperasi pada 2027.

Disamping itu, SEDC Energy juga sedang membangunkan Loji Pengeluaran Hidrogen Rembus domestik dan Stesen Minyak untuk menyokong projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS).

Loji Hidrogen Rembus dijangka siap pada 2025.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Sukan SUKMA 2024: Lima acara tambahan dipertandingkan
Next: Tubuh entiti jaga kebajikan artis tempatan Sarawak – Karim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.