Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Guru rugi RM4,000 termakan cinta ‘arkitek’
  • TEMPATAN

Guru rugi RM4,000 termakan cinta ‘arkitek’

Utusan Sarawak 5 years ago

SIBU: Demi cinta terhadap seorang arkitek, seorang guru wanita menjadi mangsa terbaru ‘Love Scam’ sehingga kerugian sebanyak RM4,000.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, kejadian bermula pada 17 Mac lalu apabila mangsa,34, berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama ‘Jeffrey Ben Mayne’ melalui aplikasi dating atas talian OMI.

“Setelah sebulan berkenalan, mangsa telah jatuh cinta dengan layanan serta rupa paras suspek yang bekerja sebagai arkitek di London itu.

“Suspek kemudian menyatakan hasratnya ingin datang ke Malaysia dan berkahwin dengan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Bagaimanapun, menurut Stanley, pada 17 April lalu, suspek memaklumkan bahawa dirinya sedang sakit dan memerlukan wang sebanyak RM2,000 untuk kos pembedahan.

Katanya, suspek meminta mangsa untuk membuat pembayaran kos pembedahan tersebut selain turut berjanji akan berkahwin dengan mangsa.

“Pada hari yang sama, lebih kurang jam 7.03 pagi, mangsa memindahkan wang sebanyak RM1,000 ke dalam satu akaun bank atas nama seseorang dengan harapan Jefrey akan mengahwininya setelah sembuh.

“Namun, pada 1 Mei lalu, suspek sekali lagi meminta mangsa membantunya membuat pembayaran bil hospital sebanyak RM3,000.

“Tanpa berfikir panjang, mangsa memindahkan wang berjumlah RM3,000 ke dalam satu akaun bank lain,” ujarnya.

Jelas Stanley, mangsa akhirnya sedar dirinya ditipu setelah mendapati nombornya telah disekat.

“Mangsa kemudian tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” tegasnya.

Continue Reading

Previous: Warga emas maut kemalangan kendiri
Next: Kelab malam, bistro tidak dibenar beroperasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.