KUCHING: Keadaan jerebu di Sarawak menunjukkan perkembangan semakin baik apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan mencatat penurunan setakat 4.00 petang ini.
Lubok Antu merekodkan bacaan IPU 197, turun daripada 201 pada 12.00 tengah hari tadi, namun masih berada pada tahap tidak sihat.
Berdasarkan data pemantauan kualiti udara, IPD Serian pula merekodkan bacaan 173, Betong (165), Sri Aman (163), Kuching (154), Samarahan (153), Kanowit (145), Tebedu (128) dan Lundu (112), semuanya pada tahap tidak sihat.
Sebanyak 11 kawasan mencatat bacaan pada tahap sederhana iaitu Sibu (96), Sarikei (87), Bintulu (78), Mukah (76), Kapit (72), Samalaju (68), Miri (67), Lawas (60), ILP Miri dan Limbang masing-masing 53.
Bario pula mencatat bacaan IPU 39, kekal pada tahap baik.




