Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Gibson ‘jelmaan’ Jalil Ramli
  • SUKAN

Gibson ‘jelmaan’ Jalil Ramli

Utusan Sarawak 5 years ago

FAIZAL BUJANG

TIMBUL tanda tanya di benak peminat tatkala menyaksikan sentuhan luar biasa bintang pertahanan Sarawak United III iaitu Gibson Billy.

Keupayaannya ialah melakukan lontaran jarak jauh yang sering menjadi ancaman kepada kubu pasukan lawan setiap kali diturunkan sebagai tonggak kesebelasan utama.

Ia merupakan kelebihan yang dimiliki anak jati kelahiran Rumah Sidi Kampung Lunying, Sebuyau itu boleh disifatkan sebagai jelmaan semula apa yang dimiliki ‘Jalil Ramli’ era 80-an ketika zaman kegemilangan skuad Ngap Sayot.

Pengurus Pasukan, Phillip Jabu menegaskan, kelebihan luar biasa dimiliki Gibson dengan kekuatan lontaran jarak jauh yang amat jarang sekali dimiliki kebanyakan pemain lain ketika ini.

“Satu kelebihan di pihak kita (Sarawak United III) ketika ini dengan kekuatan dimiliki Gibson menerusi lontaran jarak jauhnya.

“Kelebihan yang dimilikinya (Gibson) dilihat berperanan menghadir cetusan situasi berbeza terhadap kem pasukan lawan,” ujarnya.

Justeru, beliau berharap pemain itu akan dapat mengekalkan reputasi hebat dimilikinya itu.

Ini kerana tegas Phillip, sentuhannya itu sentiasa ditagih untuk perlawanan mendatang.

Continue Reading

Previous: Keunikan perlumbaan ‘Pump Boat Simunjan’
Next: Mourinho kian terdesak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.