Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Gereja untuk penganut BEM Uma Juman
  • TEMPATAN

Gereja untuk penganut BEM Uma Juman

Utusan Sarawak 5 years ago
SIMBOLIK… Kennedy melakukan simbolik pecah tanah tapak gereja BEM Uma Juman di Belaga.

BELAGA: Uma Juman Sungai Koyan di sini bakal memiliki sebuah gereja untuk penganut Borneo Evangelical Mission (BEM) menunaikan ibadat mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chuk Pai Ugon memperuntukkan RM100,000 untuk merata tapak gereja berkenaan menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) beliau.

“Syabas dan tahniah khasnya kepada Maren Uma Donny Dian Talek, Maren Uma merangkap Pengerusi JKKK Uma Juman Sg. Koyan atas usaha, komitmennya dalam persiapan untuk membina gereja BEM Uma Juman yang baharu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Tapak Gereja BEM Uman Juman, Sungai Koyan, Belaga.

Menurutnya, rancangan untuk membina gereja terbabit memerlukan kerjasama semua pihak.

Justeru beliau menyeru sokongan padu dan komitmen komuniti setempat untuk melancarkan pembinaan gereja terbabit.

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pastor Sidang, Majlis Gereja BEM Uma Juman serta seluruh warga BEM Uma Juman atas usaha bersama dalam rencana mendirikan rumah ibadah yang baharu ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menaruh kepercayaan bahawa Kerajaan Negeri melalui UNIFOR akan terus membantu pembinaan Gereja terbabit.

Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri, Micheal Mujah Lihan, Pengerusi Daerah BEM Daerah Belaga, Pastor Jimbai Achol, Pemanca Umek Jeno,  Ketua Masyarakat Suku Kaum Kayan, Pemanca Tony Kulleh dan Ketua Masyarakat Suku Kaum Kenyah.

Continue Reading

Previous: Operasi SAR warganegara India lemas diteruskan
Next: Diseru pawang: Enam ekor buaya muncul

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.