KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 pada skala Richter telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada pukul 3:51 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan memaklumkan pusat gempa bumi itu terletak 0.1° Selatan dan 122.9° Timur dengan kedalaman 144 km iaitu 75km Selatan dari Gorontalo, Indonesia.
“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi laman web jabatan berkenaan.– BERNAMA