
SARATOK: Penduduk di seluruh daerah Saratok dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 6.30 petang hari ini.
Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak, berkata ini susulan insiden kebocoran paip utama berukuran 600mm jenis MSCL di Stesen Pam Penggalak Melupa.
“Kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan dan bekalan air dijangka akan pulih secara berperingkat sebaik kerja-kerja tersebut disiapkan.
“Orang ramai dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan,” kata jurucakap JBALB dalam satu kenyataan.
JBALB menerusi kenyataan sama turut merakamkan permohonan maaf atas segala kesulitan yang dialami dan menghargai kesabaran para pengguna sepanjang tempoh pemulihan bekalan.