Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gangguan bekalan air di sekitar Lubok Antu
  • Selatan
  • WILAYAH

Gangguan bekalan air di sekitar Lubok Antu

Utusan Sarawak 2 months ago
NOTIS gangguan bekalan air.

SRI AMAN: Penduduk di sekitar Lubok Antu, khususnya kawasan Fasa 1 termasuk SEB Batang Ai dan kawasan berdekatan, dijangka menghadapi gangguan bekalan air tidak berjadual bermula pada 21 Mac, 10.30 pagi sehingga kerja pembaikan selesai.

Dalam satu kenyataan rasmi, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) memaklumkan bahawa gangguan ini disebabkan oleh kerja pembaikan segera pada paip utama bersaiz 250mm (AC pipe) yang mengalami kebocoran.

Insiden kebocoran ini berpunca daripada kerja pembaikan tiang elektrik yang sedang dijalankan oleh kontraktor Sarawak Energy Berhad (SEB) di kawasan Mepi.

INSIDEN kebocoran ini berpunca daripada kerja pembaikan tiang elektrik yang sedang dijalankan oleh kontraktor Sarawak Energy Berhad (SEB) di kawasan Mepi.

Menurut JBALB, pihaknya telah melantik kontraktor bagi melaksanakan pembaikan dengan segera bagi mengelakkan gangguan berpanjangan.

Bagaimanapun, tempoh pemulihan bekalan air bergantung kepada keadaan semasa di tapak kerja, dan pengguna diminta untuk bersedia dengan menyimpan bekalan air secukupnya bagi keperluan harian sepanjang tempoh gangguan.

JBALB memberi jaminan bahawa usaha akan dilakukan bagi memastikan bekalan air dapat dipulihkan secepat mungkin setelah kerja pembaikan selesai.

Dalam masa yang sama, orang ramai dimohon untuk memberikan kerjasama dan memahami keperluan mendesak bagi memastikan sistem bekalan air di kawasan tersebut beroperasi dengan lebih baik selepas pembaikan.

Penduduk yang terjejas dan memerlukan sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Panggilan JBALB Sarawak di talian 082-262211 atau melayari laman web rasmi https://jbalb.sarawak.gov.my/ serta media sosial rasmi JBALB Sarawak bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai situasi ini.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tanah runtuh di Jalan akses ke Empangan Baleh
Next: Banjir luar biasa, kawasan tidak pernah dinaiki air turut tenggelam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.