Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • FAM senaraikan 23 pemain
  • SUKAN

FAM senaraikan 23 pemain

Utusan Sarawak 4 years ago

<p>KUALA LUMPUR, 15 Julai -- Jurulatih Skuad Bawah-18 Tahun Negara (B-18) Brad Maloney pada Kem Latihan Pusat Skuad B-18 di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA</p>

SKUAD Bawah 22 Tahun (B-22) kebangsaan sah tidak diperkuatkan dengan kehadiran pemain muda meningkat naik Johor Darul Ta’zim (JDT) Arif Aiman Mohd Hanapi, pada pusingan Kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2022 hujung bulan ini.

Namun, skuad B-22 bimbingan Ketua Jurulatih Brad Maloney bakal mendapat sentuhan pemain berpangkalan di Jerman bersama kelab SGV Freiberg Annil R Vigneswaran, berdasarkan senarai akhir 23 pemain dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.

Dalam senarai tersebut, Maloney turut mempertaruhkan empat pemain muda yang beraksi bersama skuad senior kebangsaan pada aksi persahabatan di Amman, Jordan baru-baru ini iaitu Luqman Hakim Shamsudin, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Quentin Cheng dan Mohamad Hakimi Abdullah.

Sementara itu, lima daripada sembilan pemain dari kem latihan pusat Fasa 2 skuad B-22 negara tidak berada dalam senarai akhir susulan kecederaan adalah Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri, Muhammad Firdaus Ramli, Muhamad Alif Abdul Mutalib, Chia Ruo Han dan K. Thivandaran.

Empat pemain lagi yang tidak berjaya menempatkan diri dalam senarai akhir adalah Muhammad Firdaus Irman Mohd Fadhil, Muhammad Khairi Suffian Khaineyusri, Muhammad Aidil Azuan dan Saiful Iskandar Adha Saiful Azlan.

Pada kempen kelayakan itu, Malaysia diundi bersama Laos, Mongolia selaku tuan rumah dan Thailand dalam Kumpulan J, dengan kesemua aksi akan berlangsung di Stadium Persekutuan Bola Sepak Mongolia (MFF) di Ulaanbaatar dari 25 hingga 31 Oktober ini.

Malaysia akan bertemu Laos pada 25 Oktober, Mongolia (28 Oktober) dan Thailand (31 Oktober) dalam usaha memburu slot ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan pada Jun.-Bernama

Continue Reading

Previous: Masih banyak ‘kerja rumah’
Next: 24 regu berentap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.