Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Elak berniaga terlalu awal
  • TEMPATAN

Elak berniaga terlalu awal

Utusan Sarawak 3 months ago
JAWAB SOALAN… Datuk Dr Abdul Rahman ketika ditemui media selepas perasmian Projek Bekalan Air Luar Bandar di Kampung Nyabut dan Kampung Trombol, Kuching hari ini.

KUCHING: Peniaga yang terlibat dalam Bazar Ramadan disarankan untuk tidak memulakan jualan terlalu awal bagi menjaga kesucian Ramadan serta mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi menjelaskan bahawa kebanyakan peniaga biasanya mula membuat persiapan sekitar tengah hari sebelum memulakan perniagaan pada 2.00 atau 3.00 petang.

Menurutnya, walaupun tiada tindakan tegas akan dikenakan, pihak berkuasa bakal berunding dengan peniaga sekiranya ada yang membuka jualan lebih awal daripada waktu kebiasaan.

“Jika mereka beroperasi terlalu awal, kami akan mengenal pasti sebabnya dan menasihati mereka agar mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

“Kami juga akan berbincang dengan mereka supaya semua pihak dapat mematuhi garis panduan yang ada,” katanya ketika ditemui selepas perasmian Projek Bekalan Air Luar Bandar di Kampung Nyabut dan Kampung Trombol, hari ini.

Meskipun tiada ketetapan rasmi mengenai waktu operasi Bazar Ramadan, beliau menekankan menegaskan kepentingan peniaga memulakan jualan pada sebelah petang bagi mengelakkan sebarang gangguan, khususnya bagi mereka yang berpuasa. -UKAS 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kursus AI di Petra Jaya -Fadillah
Next: 40 penduduk sekitar Bako terima sumbangan menjelang Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.