Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ekonomi Sarawak bakal dipacu swasta 20 tahun akan datang – Abang Johari
  • SEMASA

Ekonomi Sarawak bakal dipacu swasta 20 tahun akan datang – Abang Johari

Utusan Sarawak 7 months ago

KENANGAN… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merakam gambar kenangan bersama yang lain selepas Sesi Townhall ‘Sarawak Agenda Bersama Premier Sarawak,’ di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR: Ekonomi Sarawak dijangka dikuasai swasta dalam tempoh 20 tahun akan datang, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak berkata dalam tempoh itu nanti ekonomi negeri tidak lagi dipacu oleh pentadbiran kerajaan sebagai engin utama pembangunannya.

Beliau menjangkakan bahawa pada waktu itu, pentadbiran kerajaan hanya akan berfungsi sebagai pembantu atau pemudah cara.

Katanya, perkara tersebut telah terbukti di beberapa negara maju yang telah mengalami transformasi serupa.

“Hari ini, Singapura tidak hanya dikendalikan oleh kerajaan kerana negara itu mencapai kejayaan digerak sektor swasta yang memiliki kepakaran yang tinggi.

“Dasar pentadbiran mereka juga bersifat terbuka, membenarkan penjawat awam menyertai sektor swasta yang memerlukan individu berpengalaman.

“Oleh itu, pada pendapat saya, dalam tempoh 20 tahun akan datang, ekonomi Sarawak juga akan dipacu oleh sektor swasta. Masa itu akan tiba, dan kita perlu bersedia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Sesi Townhall ‘Sarawak Agenda Bersama Premier Sarawak,’ di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.

Abang Johari berkata Sarawak memerlukan kepakaran dalam bidang teknologi dan undang-undang untuk memenuhi keperluan sektor swasta dalam mengendalikan ekonomi negeri

Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan bahawa Sarawak tidak mengalami muflis sepanjang tujuh tahun di bawah pentadbirannya.

Katanya, Sarawak kini pesat membangun, sekali gus menepis dakwaan pihak tertentu pada 2019 yang mengatakan negeri ini mungkin akan muflis dalam tiga tahun.

“Saya ingat ada yang berkata bahawa dengan cara Abang Johari memimpin, Sarawak akan bankrap dalam tempoh tiga tahun.

“Sarawak tak pernah muflis, malah (pendapatan) makin bertambah,” katanya.

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Continue Reading

Previous: Sarawak yakin kepakaran rakyatnya bantu jadikan Bumi Kenyalang hab elektrik, tenaga baharu 
Next: Belanjawan: Sarawak sambut baik peruntukan meskipun kurang dari Sabah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.