Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Pindaan akan kukuhkan lagi agenda peralihan tenaga hijau Sarawak – Safiee
  • TEMPATAN

DUN: Pindaan akan kukuhkan lagi agenda peralihan tenaga hijau Sarawak – Safiee

Utusan Sarawak 6 months ago

Safiee ketika membahaskan pindaan RUU Ordinan Pengagihan Gas 2024 pada sidang DUN, hari ini. Foto HERRIEY NAHA

PETRA JAYA: Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Pengagihan Gas (Pindaan) 2024 memainkan peranan penting dalam memperkukuh agenda peralihan tenaga hijau Sarawak serta menyokong dasar ekonomi hijau negeri.

Safiee Ahmad (GPS-Daro) berkata pindaan ini merupakan langkah strategik bagi Sarawak untuk memperkasakan pembangunan hidrogen sebagai sumber tenaga bersih.

“Langkah kerajaan Sarawak memperkenalkan hidrogen sebagai sumber tenaga baharu yang lebih efisien dan bersih amatlah dipuji dan disokong oleh semua rakyat Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan pindaan RUU Ordinan Pengagihan Gas 2024 pada sidang DUN, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa penubuhan entiti pengawal selia hidrogen, seperti yang diperuntukkan dalam pindaan ini, penting bagi memastikan pertumbuhan industri hidrogen diurus dengan mampan. 

Pengawal selia ini akan berperanan dalam pemberian lesen untuk aktiviti utama seperti penghasilan, penyimpanan, pengedaran, dan pengkomersialan hidrogen, yang bakal meletakkan Sarawak sebagai pemain utama dalam industri tenaga bersih di peringkat serantau dan global.

RUU tersebut, menurut Safiee, seiring dengan matlamat Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030) Sarawak untuk memacu pembangunan sosioekonomi dan meningkatkan kemandirian tenaga negeri. 

“Dengan undang-undang ini, kita bukan sahaja mewujudkan peluang pekerjaan mahir tetapi juga menarik pelaburan, memperkukuh ekonomi tempatan dan meningkatkan daya saing global Sarawak dalam sektor tenaga bersih,” tambahnya.

Oleh SHAHRUL QAIZAT

Continue Reading

Previous: DUN: RM18.5 juta untuk program latihan penjawat awam negeri
Next: DUN: Tiada entiti boleh jalan aktiviti hidrogen tanpa lesen – Royston

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.