Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Apa sudah jadi dengan projek tangki aras tinggi di Daro?
  • TEMPATAN

DUN: Apa sudah jadi dengan projek tangki aras tinggi di Daro?

Utusan Sarawak 6 months ago

Safiee Ahmad - ADUN Daro. Foto HERRIEY NAHA

PETRA JAYA: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) digesa untuk mengkaji dan meneliti segera projek tangki aras tinggi (HLT) berkapasiti dua juta liter sehari (MLD) di Daro yang masih gagal disiapkan sepenuhnya.

Safiee Ahmad (GPS-Daro) berkata projek itu hanya tinggal satu peratus sahaja lagi untuk disiapkan.

”Isu bekalan air bersih di Daro masih lagi berlarutan meskipun beberapa projek menaiktaraf bekalan air telah siap dan sedang dilaksanakan.

“Bagaimanapun, didapati terdapat projek yang merupakan komponen penting bagi menyelesaikan tekanan air rendah masih lagi terbengkalai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (2025) Bil, 2024 di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Menurut beliau lagi, kelewatan menyiapkan projek itu bukan sahaja boleh menjejaskan bekalan air di Daro malah boleh menyebabkan implikasi dengan berlakunya kerosakan lebih serius yang akhirnya memerlukan kos pembaikan lebih besar.

”Saya dimaklumkan bahawa meskipun dua kali tender kerja penyambungan telah dipanggil tetapi tidak ada kontraktor yang berminat.

”Sehubungan itu, saya memohon agar pihak JBALB dapat mengkaji dan meneliti segera projek ini termasuk menilai semula baki peruntukan yang mungkin tidak mencukupi bagi menyiapkan projek ini sepenuhnya,” katanya.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: DUN: Usul pindaan Perintah Tetap dilulus, elak ambil maklumat tidak sahih di media sosial
Next: DUN: Direktori Industri Kreatif siap 2025, pangkalan data komprehensif semua pemain industri 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.